Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Gua Musang merupakan sebuah jajahan Kelantan dan daerah paling besar di negeri Cik Siti Wan Kembang. Gua Musang bermaksud “gua atau tempat musang”. Ia merupakan sebuah pekan kecil yang diselusuri oleh jalan keretapi di Ulu Kelantan, iaitu kira-kira 160 km dari selatan Kuala Krai. Di bahagian timur pekan ini, terdapat sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Gua Musang setinggi 105 meter. Gua Musang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti hospital, klinik kesihatan, balai polis, balai bomba, dewan, pusat Pendidikan serta pusat peranginan. Gua Musang juga terkenal dengan pasar malam yang lebih dikenali sebagai pasar lambak oleh penduduk tempatan pada hari khamis bermula jam 3 petang sehingga lewat malam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


CLASS ICT: AUTODRAW BY GOOGLE CREATIVE LAB

Aktiviti Terkini | 4 Ogos 2023

Kelas yang diadakan ini melibatkan pelajar sekolah yang tinggal sekitar PEDi...baca selanjutnya

CLASS STEM IOT: MICROBIT - COUNTDOWN

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2023

Kelas STEM IoT yang diadakan ini melibatkan pelajar sekolah yang tinggal sekitar PEDi...baca selanjutnya

CLASS STEM-IOT : LET’S MAKE IT FLY – CAT FLYING (ANIMASI)

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2023

Kelas pengenalan yang menerapkan elemen STEM IoT (Science, Technology, Engineering and Mathematics) dan menggunakan modul dari laman sesawang https://scratch.mit.edu/ sebagai medium pembelajaran...baca selanjutnya

CLASS ICT : CONNECT THE DOTS

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2023

Kelas ICT yang diadakan ini melibatkan kanak-kanak sekitar PEDi...baca selanjutnya

CLASS ICT : LEARN ENGLISH KIDS – ALPHABET BUBBLE

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023

Kelas “LEARN ENGLISH KIDS - ALPHABET BUBBLE ” telah diadakan bersama kanak-kanak disekitar PEDi Kg Baru Gua Musang...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 10 Mei 2023

Mewarna merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak...baca selanjutnya

CLASS ICT : KUIZ MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

Aktiviti Terkini | 15 April 2023

Kelas yang diadakan melibatkan peserta yang berumur 14 tahun dan ke bawah. Permainan mencari perkataan adalah alat yang sangat berguna untuk pelajar dalam membantu menghafal atau manyemak istilah penting. Dengan menggunakan laman sesawang https://thewordsearch.com/ puzzle/1750412/kata-hubung/ sebagai media untuk pembelajaran, peserta dikehendaki mencari perkataan tersembunyi didalam puzzle tersebut....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 1 April 2023

Pertandingan mewarna yang diadakan bersempena bulan Ramadhan disertai seramai 8 orang dari kalangan kanak-kanak sekitar PEDi...baca selanjutnya

CLASS ICT : LEARN ENGLISH KIDS - WORDSHAKE

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2023

Kelas “LEARN ENGLISH KIDS - WORDSHAKE” telah diadakan bersama kanak-kanak disekitar PEDi Kg Baru Gua Musang. Aktiviti yang diadakan ini menggunakan laman sesawang https://learnenglishkids.britishcouncil.org/fun-games/games /wordshake, sebagai modul pembelajaran bagi menambah pengetahuan para peserta dalam Bahasa Inggeris...baca selanjutnya

CLASS ICT : KUIZ BAHASA MELAYU & BELAJAR MENAIP

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2023

Kelas yang diadakan secara santai bersama kanak-kanak disekitar PEDi Kg Baru Gua Musang. Mereka ditugaskan untuk mencari perkataan yang tersembunyi didalam kertas kuiz yang disediakan...baca selanjutnya

CLASS ICT : LET’S LEARN ENGLISH

Aktiviti Terkini | 7 Januari 2023

Penggunaan bahan pembelajaran dengan audio-visual yang menarik memainkan peranan penting bagi memupuk minat belajar dikalangan kanak-kanak, terutama dalam matapelajaran yang sukar untuk dikuasai. Kelas yang diadakan menggunakan modul dari laman web https://learnenglishkids.britishcouncil.org/ sebagai bahan pembelajaran kerana ia mempunyai grafik yang mudah difahami dan dilengkapi dengan audio yang secara tidak langsung membantu pelajar menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti