PERTANDINGAN MENGHASILKAN KAD HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti terkini | 29 Ogos 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Baru Gua Musang

Tujuan Aktiviti :
Aktiviti sebegini merupakan salah satu proses pembelajaran dan pengajaran yang dapat memupuk semangat patriotik bagi menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 dalam kalangan peserta. Secara tidak lansung aktiviti sebegini juga dapat meningkatkan semangat cintakan Negara dan lebih penghayatan tentang erti kemerdekaan. Selain itu, peserta juga dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer melalui kaedah rujukan secara online.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat cintakan Negara dalam kalangan peserta.
• Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dalam kalangan peserta.
• Menambah kecekapan peserta menggunakan perisian engine carian dalam mencari maklumat.
• Menanam sifat kerjasama dalam melakukan kerja.
• Belajar untuk berfikiran secara kreatif dalam menyelesaikan masalah.
• Mengeratkan hubungan antara Staff PI & peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :