LATIHAN PENGUKUHAN - KUIZ MATEMATIK

Aktiviti terkini | 06 Julai 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Baru Gua Musang

Tujuan Aktiviti :
Aktiviti sebegini merupakan salah satu proses pembelajaran dan pengajaran dalam bentuk yang lebih santai. Secara tidak lansung aktiviti sebegini juga dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran mengira dalam pelbagai kaedah melalui perbincangan antara peserta. Selain itu, aktiviti sebegini juga dapat meningkatkan keyakinan diri peserta dalam melontarkan pendapat disamping membentuk komunikasi yang baik dikalangan peserta dan petugas Pusat Internet.

Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat peserta mengulangkaji pelajaran dalam apa jua kaedah termasuk dalam bentuk permainan.
• Meningkatkan kecekapan peserta dalam dalam bidang matematik.
• Menanam sifat bekerjasama dalam melakukan kerja.
• Belajar untuk berfikiran secara kreatif dalam menyelesaikan masalah.
• Mengeratkan hubungan antara Staff PI & peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :