PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA

Aktiviti terkini | 27 Mei 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Baru Gua Musang

Tujuan Aktiviti :
Aktiviti sebegini merupakan salah satu proses pembelajaran dan pengajaran dalam bentuk permainan. Secara tidak lansung aktiviti sebegini dapat meningkatkan kefasihan berbahasa, menambah kosa kata dalam pertuturan mahupun penulisan. Melalui aktiviti sebegini peserta dapat mengulangkaji kosa kata bahasa melayu dalam bentuk permainan yang lebih santai. Selain itu, permainan bahasa ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri peserta dalam melontarkan pendapat disamping membentuk komunikasi yang baik dikalangan peserta dan petugas Pusat Internet.

Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat peserta mengulangkaji pelajaran dalam apa jua kaedah termasuk dalam bentuk permainan.
• Menanam sifat bekerjasama dalam melakukan kerja.
• Belajar untuk berfikiran secara kreatif dalam menyelesaikan masalah.
• Mengeratkan hubungan antara Staff PI & peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :