KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti terkini | 30 November 2019

Tempat Aktiviti:
PI Kg Baru Gua Musang

Tujuan Aktiviti :
Antara objektif utama kursus pengendalian makanan ini dianjurkan adalah untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada peniaga mahupun usahawan mengenai kepentingan penyediaan makanan yang bersih. Perkembangan usahawan dalam bidang industri makanan semakin pesat samada peniagaan dijalankan secara online mahupun premis-premis. Oleh itu, dengan adanya kursus pengedalian makanan ini amat berguna bagi usahawan tempatan memperoleh maklumat yang berguna bagi menjaga kualiti kebersihan dalam perkhidmatan dan penyediaan makanan kepada pelanggan.

Kelebihan Aktiviti :
• Petugas dan peserta memperoleh imput yang amat berguna mengenai pengedalian makanan yang betul.
• Pengendali makanan akan lebih peka dan teliti dalam penyediaan makanan supaya tidak berlakunya keracunan makanan atau kesan buruk dalam perkhidmatan makanan.
• Melahirkan komuniti yang peka dengan maklumat semasa.
• Mengeratkan hubungan antara Staff PI & peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :