KELAS MENAIP ARTIKEL BAHASA INGGERIS

Aktiviti terkini | 14 September 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Baru Gua Musang

Tujuan Aktiviti :
Aktiviti sebegini merupakan salah satu proses pembelajaran dan pengajaran yang dapat melatih kemahiran menaip dalam kalangan peserta. Secara tidak lansung aktiviti sebegini juga dapat menambah pengetahuan peserta mengenai perisian Microsoft word yang digunakan. Selain itu, peserta juga dapat meningkatkan kecekapan menggunakan menu/tools yang terdapat dalam Microsoft word yang merupakan perisian asas yang perlu diketahui umum dan digunakan pada masa kini dalam proses menyiapkan suatu tugasan.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dalam kalangan peserta.
• Menambah kecekapan peserta menggunakan perisian Microsoft word dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
• Menanam sifat kerjasama dalam melakukan kerja.
• Belajar untuk berfikiran secara kreatif dalam menyelesaikan masalah.
• Menambah keyakinan peserta dalam mempelajari ilmu teknologi maklumat.
• Mengeratkan hubungan antara Staff PI & peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :