KEYCHAIN-3D SKETCHUP

Aktiviti terkini | 22 Februari 2020

Tempat Aktiviti:
PI Kg Baru Gua Musang

Tujuan Aktiviti :
• Aktiviti sebegini merupakan salah satu proses pembelajaran dan pengajaran multimedia dalam menghasilkan grafik 3D (3 dimensi).
• Penggunaan perisian 3D Sketchup secara tidak langsung dapat menambah kemahiran baru peserta menghasilkan Design dalam bentuk grafik yang lebih menarik.
• Pengenalan awal dalam menggunakan perisian 3D Sketchup secara tidak langsung dapat menarik minat peserta berkaitan multimedia dan dapat menghasilkan grafik yang lebih kreatif melalui perkembangan teknologi yang menyediakan pelbagai perisian yang lebih menarik.


Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kemahiran peserta menggunakan komputer dalam kalangan peserta.
• Memperkenalkan perisian multimedia yang boleh digunakan oleh peserta dalam menghasilkan grafik.
• Menarik minat peserta untuk meneroka perkembangan perisian yang pelbagai dalam bidang teknologi maklumat.
• Menambah kecekapan peserta menggunakan perisian engine carian dalam pencarian maklumat.
• Belajar untuk berfikiran secara kreatif dalam menyelesaikan masalah.
• Menambah keyakinan peserta dalam mempelajari ilmu teknologi maklumat.
• Mengeratkan hubungan antara Staff PI & peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :