‘VOCABULARY - ENGLISH LANGUAGE GAMES’

Aktiviti terkini | 10 Januari 2020

Tempat Aktiviti:
PI Kg Baru Gua Musang

Tujuan Aktiviti :
Aktiviti sebegini merupakan salah satu proses pembelajaran dan pengajaran dalam bentuk permainan yang dapat menambah kemahiran peserta berkaitan teknik mencari sumber rujukan tambahan dalam bentuk yang lebih santai. Secara tidak lansung aktiviti sebegini juga dapat menambah pengetahuan peserta dalam menggunakan perisian engine carian dalam mencari maklumat. Selain itu, peserta juga dapat menambah kosa kata bahasa inggeris melalui aktiviti belajar sambil bermain dengan digitaldialects.com.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kemahiran peserta menggunakan komputer dalam kalangan peserta.
• Menambah kecekapan peserta menggunakan perisian engine carian dalam pencarian maklumat.
• Menambah bahan rujukan atau latihan tambahan peserta dalam aktiviti pembelajaran.
• Belajar untuk berfikiran secara kreatif dalam menyelesaikan masalah.
• Menambah keyakinan peserta dalam mempelajari ilmu teknologi maklumat.
• Mengeratkan hubungan antara Staff PI & peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :