KELAS MICROSOFT EXCEL- PENGHASILAN JADUAL

Aktiviti terkini | 5 Januari 2021

Tempat Aktiviti:
PI Kg Baru Gua Musang

Tujuan Aktiviti :
• Aktiviti sebegini merupakan salah satu proses pembelajaran yang dapat melatih peserta memahirkan diri dengan penggunaan perisian Microsoft office yang merupakan perisian asas.
• Pengetahuan ini kelak akan membantu peserta di masa akan datang sama ada di alam persekolahan atau pekerjaan seperti menyiapkan kertas kerja dan sebagainya.
• Secara tidak lansung aktiviti sebegini juga dapat menambah pengetahuan peserta dalam menggunakan perisian engine carian dalam mencari maklumat seperti mencari contoh penghasilan jadual yang menarik dan perincian maklumat yang dimasukkan lebih tersusun.
• Matlamat utama aktiviti kali ini adalah untuk menambah pengetahuan peserta mengenai perisian asas yang boleh digunakan untuk menghasilkan jadual yang kemas sebelum menggunakan perisian yang lebih Advance.


Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dalam kalangan peserta.
• Menambah kecekapan peserta menggunakan perisian engine carian dalam pencarian maklumat.
• Menambah kecekapan peserta menggunakan perisian di peringkat asas dalam menghasilkan jadual/penyusunan maklumat.
• Belajar untuk berfikiran secara kreatif dalam menyelesaikan masalah.
• Menambah keyakinan peserta dalam mempelajari ilmu teknologi maklumat.
• Mengeratkan hubungan antara Staff PI & peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :