CLASS ICT : KUIZ BAHASA MELAYU & BELAJAR MENAIP

Aktiviti terkini |19 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas yang diadakan secara santai bersama kanak-kanak disekitar PEDi Kg Baru Gua Musang.
• Mereka ditugaskan untuk mencari perkataan yang tersembunyi didalam kertas kuiz yang disediakan.
• Setelah selesai acara kuiz, kanak-kanak diajar cara-cara menggunakan keyboard untuk menaip.
• Dengan menggunakan aplikasi di laman web typing.com, peserta dapat belajar menaip dan melatih jari jemari untuk mengenal pasti kedudukan huruf di keyboard.


Tujuan Aktiviti :
• Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai salah satu latihan kepada peserta dalam mengasah minda melalui kuiz yang diadakan.
• Mereka juga dibenarkan untuk membantu rakan-rakan yang lain yang masih belum mahir untuk menjawab soalan kuiz. Ini secara tidak langsung dapat menerapkan sikap tolong-menolong sesama mereka.
• Selain itu, memberi latihan secara berterusan kepada peserta mengenai penggunaan komputer dengan lebih berkesan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pelajar diberikan kertas yang mengandungi soalan kuiz yang berkisar tentang penjodoh bilangan.
• Melalui aktiviti kuiz ini, pelajar perlu mencari perkataan yang tersembunyi didalam kotak soalan yang disediakan.
• Setelah selesai aktiviti soalan kuiz, pelajar meneruskan latihan menaip melalui laman web typing.com.
• Mereka dapat belajar menaip perkataan-perkataan yang terdapat dalam laman web tersebut dan melatih mereka fokus mengenai kedudukan huruf di keyboard.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak melalui aktiviti yang diadakan. • Dan setelah beberapa kali kuiz ini diadakan, terdapat peningkatan yang memberangsangkan dalam diri peserta yang telibat, iaitu mereka semakin mahir mencari perkataan tersembunyi serta mampu mengeja dengan baik.
• Menarik minat pelajar untuk belajar secara interaktif.
• Meningkatkan kemahiran menaip bagi setiap peserta yang mengikuti kelas ini kerana latihan sedari usia muda akan berguna di kemudian hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :