Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Gua Musang merupakan sebuah jajahan Kelantan dan daerah paling besar di negeri Cik Siti Wan Kembang. Gua Musang bermaksud “gua atau tempat musang”. Ia merupakan sebuah pekan kecil yang diselusuri oleh jalan keretapi di Ulu Kelantan, iaitu kira-kira 160 km dari selatan Kuala Krai. Di bahagian timur pekan ini, terdapat sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Gua Musang setinggi 105 meter. Gua Musang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti hospital, klinik kesihatan, balai polis, balai bomba, dewan, pusat Pendidikan serta pusat peranginan. Gua Musang juga terkenal dengan pasar malam yang lebih dikenali sebagai pasar lambak oleh penduduk tempatan pada hari khamis bermula jam 3 petang sehingga lewat malam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN MENYUSUN PUZZLE

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2017

Aktiviti ini dapat meransang minda ahli-ahli PI1M dalam menyelesaikan sesuatu masalah...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 08 Disember 2017

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bahaya mendedahkan maklumat peribadi di internet...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 26 November 2017

Program ini bertujuan menyemai sikap berhemah dalam menggunakan penggunaan internet dan menggalakkan ahli PI1M untuk berhati-hati dalam melayari internet...baca selanjutnya

KELAS MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 25 November 2017

Kelas ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menggunakan komputer dan mempelajari ilmu ICT...baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PI1M KAMPUNG BARU GUA MUSANG

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

'3D Printer Training'

Aktiviti Terkini | 20 - 21 Oktober 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari lebih mendalam cara penggunaan 3D printer secara betul. Antaranya, mempelajari software penggunaan 3D printer....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2017

Program ini dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna lain dan melahirkan pengguna internet yang bijak dalam melayari internet...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 15 September 2017

Pertandingan ini bertujuan menyemarakan lagi semangat kemerdekaan dan cintakan Negara....baca selanjutnya

GOTONG -ROYONG

Aktiviti Terkini | 10 September 2017

Aktiviti ini dapat memastikan PI1M sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur...baca selanjutnya

KUIZ KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2017

Aktiviti ini dapat menanam semangat patriotik dalam kalangan ahli dan memberi pendedahan kepada ahli tentang pentingnya kemerdekaan dalam sesebuah Negara....baca selanjutnya

INTRODUCTION OF PUBLIC SPEAKING

Aktiviti Terkini | 09 Julai 2017

Aktiviti ini dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan ahli....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & KDB

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2017

Aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada ahli untuk menggunakan internet dengan bijak dan memberitahu keburukan menggunakan internet sekiranya tidak dikawal....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA KAD RAYA

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2017

Pertandingan ini menarik minat ahli untuk sentiasa belajar mewarna menggunakan komputer....baca selanjutnya

KELAS ICT

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Kelas-kelas ICT diadakan secara percuma adalah untuk memberi pengetahuan kepada ahli tentang kegunaan internet dan mencari maklumat serta cara untuk meyimpan maklumat berkenaan pembelajaran ahli....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2017

Pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang kegunaan internet dan kesan kegunaan internet tanpa pantauan...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 22 April 2017

Pertandingan ini akan meningkatkan lagi minat ahli untuk belajar mewarna melalui komputer dan untuk mengetahui sejauh mana pemahaman ahli tentang apa yang telah mereka pelajari...baca selanjutnya

KELAS ADOBE PHOTOSHOP

Aktiviti Terkini | 21 April 2017

Kelas Adobe Photoshop ini mengajar cara mewarna melalui komputer dan memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menyunting gambar...baca selanjutnya

KELAS ICT

Aktiviti Terkini | 14 April 2017

Kelas ICT ini dapat memberi pendedahan kepada ahli tentang penggunaan internet...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti