Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Gua Musang merupakan sebuah jajahan Kelantan dan daerah paling besar di negeri Cik Siti Wan Kembang. Gua Musang bermaksud “gua atau tempat musang”. Ia merupakan sebuah pekan kecil yang diselusuri oleh jalan keretapi di Ulu Kelantan, iaitu kira-kira 160 km dari selatan Kuala Krai. Di bahagian timur pekan ini, terdapat sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Gua Musang setinggi 105 meter. Gua Musang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti hospital, klinik kesihatan, balai polis, balai bomba, dewan, pusat Pendidikan serta pusat peranginan. Gua Musang juga terkenal dengan pasar malam yang lebih dikenali sebagai pasar lambak oleh penduduk tempatan pada hari khamis bermula jam 3 petang sehingga lewat malam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2018

Pertandingan ini bertujuan untuk mendedahkan peserta supaya menggunakan bakat masing-masing, disamping menarik minat mereka dalam aktiviti kesenian...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCARI BENDA TERSEMBUNYI

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2018

Pertandingan ini diadakan bagi mengisi masa terluang sempena cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah, Peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru memelalui kaedah pemerhatian, dimana peserta perlu focus dengan setiap gambar yang diberi...baca selanjutnya

LAWATAN PENDIDIKAN TABIKA NUR HAZIM, KG BATU PAPAN

Aktiviti Terkini | 14 November 2018

Seramai 35 orang adik-adik dari Tabika Nur Hazim menyertai Lawatan Pendidikan ini, yang bertujuan memberi pendedahan tentang penggunaan computer dan internet. Adik-adik ini diberi peluang untuk melakukan aktiviti secara online....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI MAAHAD MUHAMMADI

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2018

Program ini dijalankan di Maahad Muhammadi Gua Musang yang dihadiri oleh 250 orang pelajar dan guru, dengan bertujuan memberi pendedahan dan panduan kepada para guru dan pelajar untuk melayari internet dengan bijak....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2018

Program ini diadakan setengah hari dan dihadiri oleh komuniti setempat. Seramai 8 orang promoter telah dilantik bagi melancarkan lagi urusan promosi yang dijalankan. Sebanyak 11 unit telefon berjaya dijual....baca selanjutnya

KUIZ HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat peserta untuk belajar tentang sejarah Malaysia disamping menyemai semangat cintakan tanah air. Selain itu, para peserta juga dapat memupuk semangat saling tolong-menolong dan semangat setia kawan diantara mereka....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan tanah air sepanjang bulan kemerdekaan. Disamping menghayati perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu dalam mencapai kemerdekaan Negara....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS BENDERA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menggalakan peserta meyertai pertandingan yang diadakan di pusat internet sepanjang bulan kemerdekaan. Disamping mencungkil bakat melukis para peserta....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBUAT BIODATA MENGGUNAKAN MICROSOFT POWER POINT SESI 2

Aktiviti Terkini | 07 Julai 2018

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menggunakan Microsoft power point. Setiap peserta di beri peluang untuk menghasilkan biodata masing-masing menggunakan kreativiti mereka sendiri....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBUAT BIODATA MENGGUNAKAN MICROSOFT POWER POINT SESI 1

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2018

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menggunakan Microsoft power point. Setiap peserta di beri peluang untuk menghasilkan biodata masing-masing menggunakan kreativiti mereka sendiri....baca selanjutnya

PEMBERIAN SIMKAD MYAGRO

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2018

Program ini disertai ahli peladang yang terdiri daripada sekitar Kawasan Kg Baru Gua Musang....baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Tujuan pertandingan ini adalah untuk meningkatkan daya kreativiti peserta melalui pemerhatian. Setiap peserta haruslah menyiapkan cantuman Puzzle yang diberikan mengikut masa yang di berikan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA ONLINE

Aktiviti Terkini | 28 April 2018

Pertandingan ini adalah untuk menggalakkan pemkiran diluar kotak dan belajar sambil bermain....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENJAWAB KUIZ

Aktiviti Terkini | 02 Mac 2018

Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakan ahli untuk untuk fokus dengan soalan yang diberi dan meningkatkan kemahiran menjawab soalan dengan betul...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENYUSUN PUZZLE

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Pertandingan ini dapat menggalakkan semangat saling tolong menolong dan sentiasa membantu....baca selanjutnya

KUIZ & TUTORIAL

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Aktiviti ini dapat mengisi masa lapang ahli PI1M dengan perkara yang berfaedah disamping memberi ilmu pengetahuan berkenaan bidang ICT...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2018

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara berhemah dan tidak menyalahguna medium tersebut untuk kepentingan sendiri...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti