Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Gua Musang merupakan sebuah jajahan Kelantan dan daerah paling besar di negeri Cik Siti Wan Kembang. Gua Musang bermaksud “gua atau tempat musang”. Ia merupakan sebuah pekan kecil yang diselusuri oleh jalan keretapi di Ulu Kelantan, iaitu kira-kira 160 km dari selatan Kuala Krai. Di bahagian timur pekan ini, terdapat sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Gua Musang setinggi 105 meter. Gua Musang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti hospital, klinik kesihatan, balai polis, balai bomba, dewan, pusat Pendidikan serta pusat peranginan. Gua Musang juga terkenal dengan pasar malam yang lebih dikenali sebagai pasar lambak oleh penduduk tempatan pada hari khamis bermula jam 3 petang sehingga lewat malam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PENULISAN PANTUN 4 KERAT

Aktiviti Terkini | 08 Disember 2019

Peserta dikehendaki menaip semula Keratan Pantun 4 kerat yang dipaparkan. Pantun tersebut bertemakan pantun nasihat. Peserta diberikan penerangan dan tunjuk ajar tentang asas penggunaan perisian Microsoft Power Point. Peserta perlu menghasilkan Slide yang menarik dan ringkas. Selain itu, peserta perlu menaip pantun nasihat 4 kerat tersebut sama seperti format yang diberikan....baca selanjutnya

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 30 November 2019

Kursus Pengendalian Makanan dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pensijilan juga diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seramai 7 orang peserta telah menyertai kursus Pengendalian Makanan yang telah diadakan di Pusat Internet Kampung Baru Gua Musang....baca selanjutnya

PROGRAM MALAYSIAN ICT VOLUNTEER (MIV) DENGAN DTT

Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2019

Program ini diadakan di Pusat Internet Taman Kesedar Jaya yang melibatkan 3 Pusat internet iaitu Pusat Internet Kg Baru Gua Musang, Pusat Internet Gua Musang dan Pusat Internet Taman Kesedar Jaya. Seramai 15 orang sukarelawan yang mewakili 3 pusat internet menyertai program MIV....baca selanjutnya

KELAS MENAIP ARTIKEL BAHASA INGGERIS

Aktiviti Terkini | 14 September 2019

Peserta diberikan salinan Artikel bahasa Inggeris yang bertajuk ‘PM 2.5 in the Atmosphere’ dan dikehendaki menaip semula artikel tersebut. Masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan adalah selama selama 1 jam 45 minit. Peserta perlu menaip artikel tersebut sama seperti format salinan yang diberikan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENGHASILKAN KAD HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2019

Peserta diberikan kelengkapan seperti kertas, pensil warna, gam dan sebagainya oleh petugas Pusat Internet untuk menyiapkan Kad Hari Kemerdekaan. Masa yang diberikan untuk menyiapkan Kad adalah selama 1 jam 30 minit. Peserta dibenarkan untuk membuat rujukan secara online bagi menyiapkan kad hari kemerdekaan....baca selanjutnya

LATIHAN PENGUKUHAN - KUIZ MATEMATIK

Aktiviti Terkini | 06 Julai 2019

Peserta diberikan soalan kuiz matematik yang disediakan oleh petugas Pusat Internet. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kuiz adalah selama 1 jam 30 minit. Peserta dibenarkan untuk berbincang bagi menyiapkan tugasan yang diberikan....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2019

Jamuan bermula pada jam 3.00 Petang dan berakhir pada jam 6.00 Petang. Beberapa menu raya seperti ketupat, rendang dan sebagainya disediakan untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Tetamu yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah dan komuniti setempat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2019

Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang. Masa yang diberikan untuk menyiapkan teka silang kata adalah 1 jam, pemenang dikira berdasarkan kepantasan dalam menyelesaikan teka silang kata....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENYUSUN PUZZLE

Aktiviti Terkini | 12 April 2019

Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang. Masa yang diberikan untuk menyiapkan puzzle adalah 1 jam, pemenang dikira berdasarkan kepantasan dalam menyelesaikan susunan puzzle....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG

Aktiviti Terkini | 05 Mac 2019

Seramai lebih kurang 500 orang yang terlibat dalam program ini yang dijalankan di Maahad Muhammadi Gua Musang sempena Program Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar....baca selanjutnya

Gotong-royong Pembersihan Kawasan WK & Tanah Perkuburan

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2019

Mewujudkan semangat positif dan saling bantu-membantu antara ahli komuniti untuk sama-sama menjaga kebersihan tanpa mengira tempat....baca selanjutnya

“Share a Smile” Dengar, Ingat & Tulis

Aktiviti Terkini | 25 Januari 2019

Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan dimana setiap kumpulan hendaklah mencari dan menyusun lirik lagu dengan betul. Masa yang diberikan adalah 2 jam....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti