Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Gua Musang merupakan sebuah jajahan Kelantan dan daerah paling besar di negeri Cik Siti Wan Kembang. Gua Musang bermaksud “gua atau tempat musang”. Ia merupakan sebuah pekan kecil yang diselusuri oleh jalan keretapi di Ulu Kelantan, iaitu kira-kira 160 km dari selatan Kuala Krai. Di bahagian timur pekan ini, terdapat sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Gua Musang setinggi 105 meter. Gua Musang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti hospital, klinik kesihatan, balai polis, balai bomba, dewan, pusat Pendidikan serta pusat peranginan. Gua Musang juga terkenal dengan pasar malam yang lebih dikenali sebagai pasar lambak oleh penduduk tempatan pada hari khamis bermula jam 3 petang sehingga lewat malam.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023CLASS ICT : MENGISI BORANG BIODATA DIRI
Aktiviti Terkini | 18 Disember 2022Kelas yang diadakan adalah melibatkan pelajar peringkat sekolah rendah dalam lingkungan 7-12 tahun, menggunakan komputer untuk mengisi borang biodata mengenai diri mereka....baca selanjutnya
CLASS ICT : E-LEARNING ONLINE GAME - MATHEMATICS
Aktiviti Terkini | 13 November 2022Kelas yang diadakan secara e-learning melalui platform yandex.com/Brain Workout online games, mathematics. Brain workout menyediakan game interaktif bagi subjek matematik dan pelajar dikehendaki menjawab soalan secara pantas mengikut masa yang diberikan....baca selanjutnya
CLASS ICT : PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA MAULIDUR RASUL
Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2022Kelas yang dibuat oleh PEDi Kg Baru Gua Musang kali ini adalah bersempena Maulidur Rasul...baca selanjutnya
VIDEO: PENGISIAN KELAS ICT – PENGENALAN ZOOM MEETING
Aktiviti Terkini | 24 September 2022Kelas yang dibuat oleh PEDi Kg Baru Gua Musang kali ini adalah berkaitan cara-cara untuk menggunakan applikasi Zoom Meeting....baca selanjutnya
VIDEO: PENGISIAN KELAS ICT – VIDEO EDITING
Aktiviti Terkini | 4 Ogos 2022Perkongsian yang dibuat oleh PEDi Kg Baru Gua Musang kali ini adalah berkaitan cara-cara untuk mengedit video produk usahawan...baca selanjutnya
VIDEO: PENGISIAN KELAS ICT – CLASS SHOPEE
Aktiviti Terkini | 3 Julai 2022Perkongsian yang dibuat oleh PEDi Kg Baru Gua Musang kali ini adalah berkaitan cara-cara untuk membuat akaun shopee dan pendedahan tentang cara-cara berniaga dalam platform shopee...baca selanjutnya
VIDEO: PENGISIAN KELAS ICT – CARA BUAT TABLE DATA DAN ANALISA TABLE DATA MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL
Aktiviti Terkini | 29 Jun 2022Perkongsian yang dibuat oleh PEDi Kg Baru Gua Musang kali ini adalah berkaitan cara-cara untuk membina table data dan cara untuk analisa table data dengan mudah menggunakan Microsoft Excel....baca selanjutnya
VIDEO: PENGISIAN KELAS ICT – JENIS-JENIS PENIPUAN SCAMMER
Aktiviti Terkini | 26 Mei 2022Perkongsian yang dibuat oleh PEDi Kg Baru Gua Musang kali ini adalah berkaitan cara-cara untuk mengenali jenis-jenis penipuan scammer yang sedang berleluasa pada masa kini....baca selanjutnya
VIDEO: PENGISIAN KELAS ICT – CARA MEMBAYAR ZAKAT SECARA ONLINE
Aktiviti Terkini | 17 April 2022Perkongksian yang dibuat oleh PEDi Kg Baru Gua Musang kali ini adalah berkaitan cara-cara untuk membayar zakat secara online bagi warga kelantan melalui laman web Maik....baca selanjutnya
VIDEO: PENGISIAN KELAS ICT – TIPS PENGGUNAAN KOMPUTER SECARA SELAMAT
Aktiviti Terkini | 23 Mac 2022Perkongksian yang dibuat oleh PEDi Kg Baru Gua Musang kali ini adalah beberapa tips penggunaan komputer secara selamat yang boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja yang sering menggunakan komputer sebagai perkakasan utama dalam menyiapkan suatu tugasan mahupun dalam bidang pekerjaan...baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: TUTORIAL ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 25 Februari 2022Perkongsian Live oleh PEDi Kg Baru Gua Musang kali ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang fungsi-fungsi asas dan penggunaan tools yang terdapat dalam perisian Microsoft Word...baca selanjutnya
VIDEO: PENGISIAN KELAS ICT – CARA MENGENALPASTI DUPLICATE DATA DI MICROSOFT EXCEL
Aktiviti Terkini | 6 Januari 2022Perkongksian yang dibuat oleh PEDi Kg Baru Gua Musang kali ini adalah berkaitan tutorial cara-cara mengenalpasti ‘Duplicate Data’ di Microsoft Excel...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya