INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:
Gua Musang terdiri daripada 3 DUN utama iaitu Galas, Nenggiri & Paloh. Keluasan Gua Musang ialah 8,177 kilometer persegi dengan penduduk seramai 169,580 orang yang terdiri daripada 60% kaum Melayu, 30% kaum Asli, dan 10% lain-lain kaum.

DAERAHGua Musang
DUNGalas
MUKIMBandar Gua Musang
PARLIMENGua Musang
NEGERIKelantan

Pekerjaan Penduduk:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor swasta
4). Sektor kerajaan

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong


Gua Madu
Taman Etnobotani
Tokong Mek

Tempat Makan Menarik


Restoran Dalam Taman Gua Musang

Homestay


Nuraz Homestay
Kemudahan Awam
Masjid Tg Razaleigh
Balai Polis Gua Musang
Hospital Gua Musang
Balai Bomba & Penyelamat Gua Musang
Stesen Kereta Api Gua Musang
Pendidikan
Kolej PolyTech Mara Gua Musang
Sekolah Kebangsaan Gua Musang
Kisah Kejayaan
Nama : Khatijah Mamat
Alamat : No Pt 7215 Taman Mesra, 18300 Gua Musang, Kelantan
No. Telefon : 014-8118117
Tahun menjadi Ahli PEDi : 2018

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Menjalankan perniagaan menjual Nasi Bajet sejak tahun lepas. Perniagaan dibuka bermula jam 12 tengahrari sehingga 5 petang setiap hari ahad-khamis. Pn Khatijah juga mengambil tempahan untuk membuat makanan sekiranya menerima tempahan untuk sebarang majlis. Pendapatan bulan sekitar rm100-rm200 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Melalui Kelas ICT dan Usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Kg Baru Gua Musang perniagaan Puan Khatijah sekarang semakin mendapat sambutan dengan wujudnya page nasi bajet rm3 yang dibuat dengan bantuan staff PEDi Kg Baru Gua Musang.




Nama : Mohammad Fadli Mohammad Fendi
Alamat : Pt 4560 Jalan Meranti 2/1 Bandar Utama Gua Musang Kelantan.
No. Telefon : 011-1004 8998
Tahun menjadi Ahli PEDi : 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
En Fadli telah memulakan perniagaan menjual burger sejak tahun 2015 sehingga sekarang di Bandar Utama Gua Musang. Terdapat pelbagai jenis burger yang dijual antaranya ialah burger pataya yang menjadi menu yang mendapat permintaan tinggi. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM500 – RM700 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Kg. Baru Gua Musang, beliau kini mempunyai facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Pelanggan beliau adalah dari kalangan penduduk Gua Musang dan sekitarnya yang mengetahui burger beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1200.

Keusahawanan
Nama : Nor Hafizan Deraman
Alamat : Feezan Spa Beauty & Academy, Kesedar Hotel & Travel, 18300 Gua Musang, Kelantan
No. Telefon : 017-9781637
Tahun menjadi Ahli PEDi : 2017

Menyediakan perkhidmatan Spa & Beauty kepada penduduk dalam dan luar gua musang. Antara rawatan yang di tawarkan adalah rawatan untuk badan, rawatan tangan & kaki serta rawatan muka. Feezan Spa & Beauty juga mengeluarkan produk kecantikan sendiri seperti facial mask, facial skin care dan body scrub. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM1000-rm1500 sebulan.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Baru Gua Musang, beliau kini dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan dengan lebih berkesan di FB page beliau. Pelanggan Feezan Spa & Beauty adalah daripada penduduk sekitar gua musang dan luar gua musang.