SIARAN LANGSUNG: BALIK KAMPUNG

Aktiviti terkini |16 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Baru Gua Musang

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan perkongsian dalam ‘Live’ kali ini adalah untuk memberi pendedahan tentang persiapan kendiri yang perlu dibuat sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung dengan mematuhi (Standard Operation Procedure) SOP yang telah digariskan oleh pihak kerajaan, disamping memastikan kesihatan kendiri dalam keadaan sihat sebelum bertemu ahli keluarga dan juga kediaman yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Live FB bermula pada jam 03:01 petang dan diadakan secara online.
• Antara pengisian dalam perkongsian ‘Live’ yang bertajuk Balik kampung kali ini antaranya mengenai SOP/kelonggaran yang perlu dipatuhi/dibenarkan dalam Fasa Pelan pemulihan Negara bagi negeri yang melalui perubahan fasa.
• Memberi pendedahan mengenai SOP yang perlu dipatuhi Ketika melakukan aktiviti Rentas Negeri.
• Memberikan beberapa tips untuk merancang perjalanan dari segi keselamatan kenderaan yang digunakan.
• Memastikan kediaman yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat.
• Selain itu perkara utama yang perlu dipastikan sebelum memulakan aktiviti rentas negeri adalah tahap kesihatan berada dalam keadaan baik dan sihat untuk bertemu ahli keluarga, bertenaga untuk melakukan perjalanan jauh, melakukan ujian saringan Covic-19 secara kendiri serta telah lengkap dua Dos Vaksinasi.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Mewujudkan komuniti yang peka dengan kehidupan norma baru.
• Memberi pendedahan tentang SOP yang perlu dipatuhi/ Kelonggaran yang dibenarkan bagi setiap negeri yang memalui peralihan Fasa Pemulihan Negara.
• Menambah pengetahuan orang ramai tentang persiapan yang perlu dibuat sebelum memulakan perjalanan yang jauh.
• Memastikan kesihatan kendiri dalam keadaan sihat/ bebas dari Covic-19 sebelum pulang ke kampung.
• Memberi pendedahan juga mengenai bahayanya Microsleep.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :