SIARAN LANGSUNG: BERMAIN SAMBIL BELAJAR SECARA ONLINE

Aktiviti terkini |21 September 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Baru Gua Musang

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan perkongsian secara lansung dalam ‘ICT Training’ ini adalah untuk memberi pendedahan tentang beberapa laman sesawang yang menyediakan pengajaran dalam bentuk permainan yang lebih santai.
• Selain dari menambah kosa kata dalam bahasa Inggeris, mengasah kemahiran mengira serta melatih pengguna membuat penyusunan maklumat, aktiviti pembelajaran sambil bermain melalaui aplikasi online ini secara tidak lansung dapat menambah kemahiran menggunakan peralatan Komputer seperti keyboard, mouse, cara mengendalikan tools yang disediakan dalam laman sesawang tersebut dan sebagainya.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Antara pengisian dalam perkongsian ‘ICT Training’ adalah tutorial/demo cara untuk menggunakan tools yang disediakan dalam laman sesawang yang dikongsikan.
• Antara laman sesawang yang menyediakan permainan sambil belajar yang dikongsikan dalam live kali ini adalah jigsawplanet.com, rapidtyping.com, mathigon.org, spellingcity.com, typing.com, thewordsearch.com, learnenglishkids.britishconcil.org dan pelbagai lagi.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Menarik minat pelajar sekolah rendah terutama pelajar tahap 1 dan tahap 2 untuk lebih minat belajar matapelajaran bahasa Inggeris menerusi permainan sambil belajar.
• Mewujudkan komuniti yang celik IT (sekurang-kurangnya mengetahui asas penggunaan komputer).
• Memberi pendedahan tentang kepelbagaian fungsi/ Tools yang disediakan dalam laman sesawang yang ditunjukkan.
• Menambah kemahiran menaip pengguna menerusi laman sesawang yang menyediakan typing test seperti dalam laman sesawang typing.com.
• Menambah kemahiran mengira/ lebih minat mengulangkaji matapelajaran matematik menerusi permainan sambil belajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :