CLASS ICT : MENGISI BORANG BIODATA DIRI

Aktiviti terkini |18 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas yang diadakan adalah melibatkan pelajar peringkat sekolah rendah dalam lingkungan 7-12 tahun, menggunakan komputer untuk mengisi borang biodata mengenai diri mereka.


Tujuan Aktiviti :
• Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan komputer secara amnya dan melatih pelajar mengenal pasti susunan abjad di keyboard secara khususnya.
• Selain itu, pelajar didedahkan dengan cara bagaimana untuk mengisi borang yang diberikan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pelajar diberi tutorial bagaimana untuk mengisi borang biodata diri yang disediakan oleh petugas PEDi dlm format Ms Word.
• Seterusnya pelajar mengaplikasikan tunjuk ajar yang diberi dengan mengisi borang biodata diri dikomputer masing-masing. Pelajar hanya perlu mengisi petak kosong pada borang tersebut.
• Sebelum kelas berakhir, setiap pelajar diberi peluang untuk memperkenalkan diri mereka mengikut butiran yang telah mereka isi didalam borang biodata diri tersebut.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Menarik minat pelajar untuk belajar secara interaktif.
• Meningkatkan kemahiran menaip bagi setiap pelajar yang mengikuti kelas ini.
• Melatih pelajar mengisi borang didalam komputer.
• Menambah keyakinan pelajar untuk bercakap dihadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :