VIDEO: PENGISIAN KELAS ICT – TIPS PENGGUNAAN KOMPUTER SECARA SELAMAT

Aktiviti terkini |23 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Perkongksian yang dibuat oleh PEDi Kg Baru Gua Musang kali ini adalah beberapa tips penggunaan komputer secara selamat yang boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja yang sering menggunakan komputer sebagai perkakasan utama dalam menyiapkan suatu tugasan mahupun dalam bidang pekerjaan.


Tujuan Aktiviti :
• Tujuan perkongsian video pendek dalam ‘Pengisian Kelas ICT’ ini adalah untuk memberi pendedahan tentang tips yang memudahkan pengguna komputer melakukan kerja dengan lebih selamat, pekerjaan menjadi lebih sistematik sekiranya mengetahui kaedah penyimpanan data/fail dengan betul dan sentiasa peka dengan ‘penetapan bagi setiap akses’.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pengisian dalam perkongsian ‘Video ICT’ ini adalah untuk memberi pendedahan tentang beberapa Tips Penggunaan Komputer Secara Selamat yang perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan data peribadi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Mewujudkan komuniti yang celik IT (sekurang-kurangnya mengetahui kaedah perlindungan data peribadi setiap kali melakukan akses di internet).
• Memberi pendedahan tentang kepentingan update perisian & sistem operasi secara automatik.
• Menambah pengetahuan orang ramai kepentingan backup data/fail supaya penyimpanan data lebih selamat.
• Memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa menjadi pengguna yang berhemah apabila menggunakan teknologi terutama ketika melakukan akses internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :