CLASS ICT : E-LEARNING ONLINE GAME - MATHEMATICS

Aktiviti terkini |13 November 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas yang diadakan secara e-learning melalui platform yandex.com/Brain Workout online games, mathematics.
• Brain workout menyediakan game interaktif bagi subjek matematik dan pelajar dikehendaki menjawab soalan secara pantas mengikut masa yang diberikan.


Tujuan Aktiviti :
• Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar bahawa mereka boleh belajar sambil bermain.
• Game interaktif matematik yang digunakan selain menarik minat pelajar, ia juga dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar dalam subjek matematik.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pelajar diberi tutorial bagaimana menjawab dan menggunakan operasi matematik yang sesuai bagi setiap soalan yang disediakan.
• Melalui UI yang menarik, pelajar diberikan masa yang singkat untuk menjawab soalan-soalan mudah dan markah dikira berdasarkan jumlah soalan yang dapat dijawab dalam julat masa yang ditetapkan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Menarik minat pelajar untuk belajar secara interaktif.
• Meningkatkan kebolehan pelajar dalam pengiraan secara pantas.
• Melatih pelajar mengenal pasti pengunaan operasi matematik yang betul melalui soalan yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :