PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN RAMADHAN

Aktiviti terkini |1 April 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Pertandingan mewarna yang diadakan bersempena bulan Ramadhan disertai seramai 8 orang dari kalangan kanak-kanak sekitar PEDi.
• Setiap peserta diberikan lukisan yang bertemakan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang dihasilkan di laman sesawang canva.com.


Tujuan Aktiviti :
• Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk kreativiti peserta dalam menghasilkan warna lukisan yang menarik selain menerapkan nilai-nilai murni dikalangan peserta yang berkongsi menggunakan pensel warna yang sama.
• Selain itu, aktiviti ini memerlukan kanak-kanak untuk menyelaraskan mata dan pergerakan tangan, sekaligus mereka akan lebih mahir dalam pelbagai perkara yang melibatkan ketelitian pada masa akan datang.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Setiap peserta diberikan lukisan yang bertemakan Ramadhan Al-Mubarak yang dihasilkan di laman sesawang canva.com oleh staff PEDi.
• Mereka juga dibekalkan dengan pensel warna dan perlu berkongsi untuk menggunakannya.
• Ini dapat memupuk sikap toleransi dan sabar menunggu giliran untuk menggunakan warna yang sama.
• Pemilihan pemenang berdasarkan kekemasan dan kombinasi warna lukisan yang menarik.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Mewarna dapat melatih peserta memberikan tumpuan kepada aktiviti yang di lakukan.
• Dia perlu menumpukan perhatian kepada pergerakan pensel warna dan tugasnya dalam menyiapkan karyanya dia atas kertas itu.
• Memberi peluang kepada mereka untuk berfikir secara lebih kreatif dalam memilih warna yang bersesuaian untuk dipadankan dalam lukisan.
• Kanak-kanak dapat belajar untuk tenang, sabar dan fokus kepada penelitian dalam menyudahkan mewarna lukisan.
• Proses mewarna lukisan juga merupakan satu terapi sebagai medium luahan emosi melepaskan perasaan gembira, kecewa, sedih dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :