CLASS ICT : KUIZ MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

Aktiviti terkini |15 April 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas yang diadakan melibatkan peserta yang berumur 14 tahun dan ke bawah.
• Permainan mencari perkataan adalah alat yang sangat berguna untuk pelajar dalam membantu menghafal atau manyemak istilah penting.
• Dengan menggunakan laman sesawang https://thewordsearch.com/ puzzle/1750412/kata-hubung/ sebagai media untuk pembelajaran, peserta dikehendaki mencari perkataan tersembunyi didalam puzzle tersebut.


Tujuan Aktiviti :
• Tujuan kelas ini diadakan untuk menambahkan pengetahuan peserta untuk mempelajari perkataan baharu, perbendaharaan kata dan memperbaiki ejaan.
• Pelajar juga boleh menggunakan permainan ini sabagai alat bantu belajar untuk menyemak atau menyegarkan pengetahuan mereka.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Peserta diajar cara bermain permainan kuiz mencari perkataan tersembunyi yang berkaitan dengan “Kata Hubung”.
• Peserta perlu fokus pada setiap baris dan lajur yang mengandungi huruf yang disusun secara rawak bagi mencari perkataan tersebut.
• Pehatian ini mencetus otak untuk menghafal ejaan setiap istilah, sekaligus meningkatkan kapasiti ejaan peserta.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Dapat melatih peserta memberikan tumpuan dan perhatian pada sesuatu. Ia merupakan kemahiran yang perlu dilatih secara berkala.
• Melatih ketajaman mata dan kecepatan tangan mereka dalam mencari jawapan yang tersembunyi didalam puzzle.
• Membantu mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah iaitu mereka mesti menilai dan menentukan statergi terbaik untuk menyelesaikannya dengan cekap dan cepat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :