CLASS STEM IOT: MICROBIT - COUNTDOWN

Aktiviti terkini |14 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas STEM IoT yang diadakan ini melibatkan pelajar sekolah yang tinggal sekitar PEDi.
• Dalam kelas ini mereka diajar cara menyusun kod untuk menghasilkan arahan pada papan litar microbit.
• Menerusi laman sesawang https://makecode.microbit.org/ , pelajar dapat belajar untuk menghasilkan Coding Block yang berfungsi sebagai arahan kepada papan litar microbit.


Tujuan Aktiviti :
• Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas Programmer dan sedikit sebanyak dapat memupuk minat peserta dalam bidang teknologi.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para pelajar memulakan pembelajaran dengan menggunakan laman sesawang https://makecode.microbit.org/ untuk membuat Code Block.
• Kali ini pelajar menghasilkan kod untuk pengiraan detik berdasarkan contoh yang telah tersedia di laman sesawang tersebut.
• Setelah selesai menghasilkan kod yang diinginkan, pelajar perlu memuat turun maklumat arahan tersebut ke papan litar microbit.
• Dengan membuat sambungan Headphone pelajar boleh mendengar pengiraan detik yang terhasil dari arahan yang dimuat turun dan dapat melihat bilangan detik yang terpapar di litar microbit.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Memupuk minat pelajar dalam bidang teknologi.
• Menggalakkan rasa ingin tahu dan meningkatkan pemikiran yang lebih inovatif.
• Selain itu, ia dapat memupuk kerjasama dan komunikasi serta keyakinan antara mereka.
• Kelas ini juga menjadi sumber inspirasi untuk pelajar meningkatkan kreativiti dan kepintaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :