CLASS ICT : CONNECT THE DOTS

Aktiviti terkini |10 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ICT yang diadakan ini melibatkan kanak-kanak sekitar PEDi.
• Dalam kelas ini mereka diajar cara menggunakan Google Chrome untuk membuat carian laman sesawang yang berteraskan edu-games iaitu belajar sambil bermain.
• Kali ini laman sesawang https://www.ohmydots.com/ menjadi pilihan sebagai modul pembelajaran.


Tujuan Aktiviti :
• Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta cara menggunakan platform Google Chrome dengan lebih baik.
• Ini kerana mereka bukan saja boleh bermain, tapi juga menarik minat mereka untuk belajar matapelajaran tertentu.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para peserta boleh memilih gambar titik yang ingin digunakan dan setiap gambar memiliki jumlah titik yang berbeza. Setiap titik mewakili nombor mengikut turutan.
• Peserta perlu menyambung titik-titik mengikut turutan nombor yang diberikan.
• Sekiranya mereka tersalah menyambung titik-titik berkenaan, contohnya tidak mengikut turutan, maka amaran merah akan dipaparkan.
• Setelah semua titik-titik tersebut bersambung, gambar sebenar akan dipaparkan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Tahap konsentrasi kanak-kanak akan berkembang secara berperingkat dengan sentiasa melakukan aktiviti ini.
• Selain itu, ia juga meningkatkan keupayaan mereka dalam menghafal susunan nombor yang betul dan akan membantu mereka dalam pengiraan matematik.
• Laman sesawang yang mempunyai permainan berasaskan pelajaran boleh dijadikan medium hiburan sambil belajar kepada kanak-kanak kerana mereka akan lebih santai dan selesa semasa menghasilkan dan menyiapkan aktiviti tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :