CLASS STEM-IOT : LET’S MAKE IT FLY – CAT FLYING (ANIMASI)

Aktiviti terkini |17 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas pengenalan yang menerapkan elemen STEM IoT (Science, Technology, Engineering and Mathematics) dan menggunakan modul dari laman sesawang https://scratch.mit.edu/ sebagai medium pembelajaran.
• Melalui aktiviti ini, ia akan memberi peluang kepada pelajar untuk belajar cara menghasilkan animasi dengan kod yang ringkas.


Tujuan Aktiviti :
• Kelas ini diadakan sebagai salah satu pengenalan kepada pelajar mengenai proses penghasilan sesuatu animasi yang akan menarik minat mereka pada bidang animasi ataupun yang berkaitan dengan pembelajaran teknologi terkini.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para pelajar diberikan tutorial cara-cara menggunakan laman sesawang https://scratch.mit.edu/.
• Laman ini mempunyai reka bentuk yang ringkas dan mudah difahami.
• Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, antaranya menghasilkan animasi, kod micro:bit, rekaan permainan dan lain-lain.
• Konsep pengatur-caraan animasi yang digunakan berdasarkan format “Coding Block”, menjadikan pembelajaran animasi ini lebih menarik dan tidak terlalu kompleks untuk diterima oleh pelajar.
• Sebagai permulaan, pelajar diajar cara menyusun “Coding Block” untuk menghasilkan animasi pergerakan dari satu titik ke titik yang lainnya dengan menggunakan kucing sebagai objek terbang (Let’s Make It Fly – Cat Flying).
• Dengan tutorial ringkas yang telah tersedia dalam laman sesawang Scratch dan penerangan dari staff PEDi, pelajar dapat menghasilkan animasi yang diinginkan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Mendedahkan pelajar kepada proses penghasilan sesuatu animasi dan menambahkan pengetahuan serta minat mereka dalam bidang teknologi.
• Meningkatkan kreativiti dan membantu pelajar belajar tentang proses reka bentuk kejuruteraan yang membantu mereka berfikir di luar kotak pemikiran mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :