CLASS ICT : LEARN ENGLISH KIDS - WORDSHAKE

Aktiviti terkini |19 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas “LEARN ENGLISH KIDS - WORDSHAKE” telah diadakan bersama kanak-kanak disekitar PEDi Kg Baru Gua Musang. Aktiviti yang diadakan ini menggunakan laman sesawang https://learnenglishkids.britishcouncil.org/fun-games/games /wordshake, sebagai modul pembelajaran bagi menambah pengetahuan para peserta dalam Bahasa Inggeris.
• Melalui permainan membina perkataan dari huruf-huruf yang diberikan secara rawak, akan melatih peserta untuk berfikir dengan lebih kreatif.
• Pelbagai gelagat kanak-kanak yang saling bersaing untuk membina perkataan dan mengumpulkan markah tertinggi.


Tujuan Aktiviti :
• Kelas yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai laman sesawang yang menyediakan aktiviti pembelajaran secara online yang boleh digunakan ketika berada di luar waktu sekolah.
• Selain itu, memberi latihan secara berterusan kepada peserta mengenai penggunaan komputer dengan lebih berkesan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Menerusi laman sesawang https://learnenglishkids. britishcouncil.org/fun-games/games/wordshake, peserta diberikan kotak yang mengandungi 16 abjad secara rawak.
• Dan setiap peserta diberi peluang untuk membentuk perkataan yang sesuai berdasarkan huruf-huruf yang ada dengan betul dan mengikut masa yang ditetapkan.
• Bagi perkataan yang betul akan diberikan markah mengikut panjang perkataan yang dapat dibina. Secara tidak langsung, ini akan mewujudkan persaingan sihat dikalangan peserta yang saling mengejar markah tertinggi.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak melalui aktiviti yang diadakan.
• Memberi peluang kepada mereka untuk berfikir secara lebih kreatif dalam membentuk perkataan dari abjad yang diberi.
• Mewujudkan persaingan sihat dikalangan peserta dalam membina perkataan dan mendapatkan markah yang tinggi.
• Penggunaan bahan bantu pembelajaran / aplikasi yang ringkas dan menarik akan membantu peserta belajar dengan lebih interaktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :