PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA AIDILFITRI

Aktiviti terkini |10 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Mewarna merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.
• Sehubungan dengan itu, pertandingan mewarna bersempena bulan Syawal telah diadakan.
• Aktiviti ini disertai dari kalangan kanak-kanak sekitar PEDi.
• Setiap peserta diberikan lukisan yang bertemakan Aidilfitri.


Tujuan Aktiviti :
• Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk minat kanak-kanak dalam seni, selain memberi peluang untuk membina perkembangan mental dan juga sama seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Setiap peserta diberikan lukisan yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri. Tiada garis masa yang ditetapkan untuk menyiapkan aktiviti mewarna kerana pemilihan pemenang berdasarkan kombinasi warna yang menarik.
• Mereka perlu berkongsi menggunakan pensel warna yang disediakan. Ini dapat memupuk sikap toleransi dan sabar menunggu giliran untuk menggunakan warna yang sama.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Mewarna merupakan aktiviti seni yang dapat mengabungkan setiap deria yang terdapat pada manusia iaitu deria mata dan deria sentuh.
• Memberi peluang kepada mereka untuk berfikir secara lebih kreatif dan imaginatif dalam memilih warna yang bersesuaian untuk dipadankan dalam lukisan.
• Tahap konsentrasi kanak-kanak akan berkembang secara berperingkat dengan sentiasa melakukan aktiviti ini.
• Mewarna boleh dijadikan medium hiburan kepada kanak-kanak. Ini kerana mereka akan lebih santai dan selesa semasa menghasilkan dan menyiapkan aktiviti tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :