CLASS ICT : LEARN ENGLISH KIDS – ALPHABET BUBBLE

Aktiviti terkini | 20 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas “LEARN ENGLISH KIDS - ALPHABET BUBBLE ” telah diadakan bersama kanak-kanak disekitar pedi Kg Baru Gua Musang.
• Aktiviti yang diadakan ini menggunakan laman sesawang https://www.abcya.com/games/
• Alphabet_bubble_letter_match, sebagai modul pembelajaran bagi menambah pengetahuan para peserta dalam Bahasa Inggeris.
• Melalui permainan ini kanak-kanak perlu meletus gelembung untuk memadankan huruf dengan perkataan yang bermula dengan bunyi huruf yang betul.


Tujuan Aktiviti :
• Kelas yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai laman sesawang yang menyediakan aktiviti pembelajaran secara online yang boleh digunakan ketika berada di luar waktu sekolah.
• Selain itu, memberi latihan secara berterusan kepada peserta mengenai penggunaan komputer dengan lebih berkesan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Menggunakan laman sesawang ABCya, https://www.abcya.com/games/alphabet_bubble_letter_match, kanak-kanak di beri penjelasan cara bermain permainan.
• Setiap kanak-kanak perlu meletuskan gelembung mengikut susunan huruf yang betul untuk ke tahap seterusnya.
• Setelah melengkapkan permainan, kanak-kanak akan ditunjukkan gambar perkataan tersebut.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Alphabet Bubble ialah permainan pendidikan yang dapat membantu membangunkan kesedaran fonemik.
• ABCya ialah antara tapak web yang bagus kerana setiap permainan yang disediakan, menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.
• Pelajar tidak menyedari bahawa mereka sedang belajar atau melatih sesuatu kemahiran antaranya fokus pada sebutan perkataan, mengenal huruf dan secara tidak langsung menambahkan kamus perkataan dalam diri mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :