CLASS ICT: AUTODRAW BY GOOGLE CREATIVE LAB

Aktiviti terkini |4 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Gua Musang

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas yang diadakan ini melibatkan pelajar sekolah yang tinggal sekitar PEDi.
• Setiap pelajar boleh melukis secara online dengan menggunakan laman sesawang https://www.autodraw.com/.
• AutoDraw merupakan laman sesawang dengan ciri-ciri A.I yang mana ia akan memadankan gambar yang dilukis oleh pelajar dan mengesyorkan dengan ikon yang terdapat didalam laman tersebut.


Tujuan Aktiviti :
• Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi A.I yang semakin berkembang pada ketika ini.
• Melalui teknologi “Artificial Intelligence” dalam menghasilkan visual, ia akan dapat membantu orang ramai dalam melukis sesuatu dengan mudah.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sebelum membuat lukisan, pelajar diajar cara membuat carian laman sesawang AutoDraw dengan menggunakan Google Search.
• Kali ini pelajar hanya perlu melukis secara ringkas apa yang mereka inginkan dan sistem teknologi Kecerdasan Buatan (A.I) akan membuat padanan berdasarkan gambar yang dilukis.
• Pelajar boleh memilih dengan mudah “Icon” yang dipaparkan dalam AutoDraw berdasarkan lukisan mereka buat.
• Selain mempunyai “User Interface” yang ringkas dan mudah difahami, AutoDraw juga membenarkan pengguna untuk memuat turun lukisan yang dihasilkan.
• Pelajar boleh membuat pilihan untuk mewarna secara online ataupun memuat turun lukisan tersebut dan mewarna secara manual.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Memupuk minat pelajar dalam lukisan kreatif.
• Menggalakkan rasa ingin tahu dan meningkatkan pemikiran yang lebih inovatif.
• Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai teknologi baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :