Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Gua Musang merupakan sebuah jajahan Kelantan dan daerah paling besar di negeri Cik Siti Wan Kembang. Gua Musang bermaksud “gua atau tempat musang”. Ia merupakan sebuah pekan kecil yang diselusuri oleh jalan keretapi di Ulu Kelantan, iaitu kira-kira 160 km dari selatan Kuala Krai. Di bahagian timur pekan ini, terdapat sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Gua Musang setinggi 105 meter. Gua Musang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti hospital, klinik kesihatan, balai polis, balai bomba, dewan, pusat Pendidikan serta pusat peranginan. Gua Musang juga terkenal dengan pasar malam yang lebih dikenali sebagai pasar lambak oleh penduduk tempatan pada hari khamis bermula jam 3 petang sehingga lewat malam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


SIARAN LANGSUNG: BERMAIN SAMBIL BELAJAR SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 21 September 2021

Perkongksian yang dibuat secara lansung oleh PIK Kg Baru Gua Musang kali ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang pembelajaran sambil bermain menerusi beberapa laman sesawang yang menyediakan aplikasi/ peralatan yang interakif kepada pengguna....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: MICROSOFT EXCEL: KENALI FORMULA ASAS & FUNGSI

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021

Perkongksian yang dibuat secara lansung oleh PIK Kg Baru Gua Musang kali ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang fungsi-fungsi asas Formula Pengiraan yang terdapat dalam perisian Microsoft Excel...baca selanjutnya

FB LIVE : KESIHATAN MENTAL ( PENGURUSAN EMOSI)

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2021

Membincangkan cara pengurusan emosi Bersama tetamu jemputan Dr. Nasibah dari Klinik Kesihatan Manek Urai...baca selanjutnya

FB LIVE : CANVA POSTER EDITING

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2021

Membuat tutorial mengedit poster....baca selanjutnya

FB LIVE : POWER POINT (ANIMATION)

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2021

Memberi pengetahuan tentang fungsi-fungsi yang terdapat dalam perisian Microsoft Power Point. “LIVE” kali ini adalah untuk mengajar cara-cara menghasilkan Animation Slide menggunakan Microsoft Power Point....baca selanjutnya

FB LIVE : EMEL (GMAIL)

Aktiviti Terkini | 18 April 2021

Memberi pengetahuan tentang fungsi fungsi emel. “LIVE” kali ini adalah untuk mengajar cara-cara membuat emel dan menggunakan emel dengan betul....baca selanjutnya

PENGISIAN KELAS ICT : KEYBORAD SHORT CUT

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2021

Video ini merupakan salah satu inisiatif PIK Kg Baru untuk mengajar pengguna computer tentang cara penggunaan short cut yang hanya menggunakan keyboard...baca selanjutnya

FB LIVE: CARA SAVE IMAGE MENGGUNAKAN MICROSOFT POWER POINT

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2021

Memberi pengetahuan tentang fungsi perisian Microsoft office...baca selanjutnya

KELAS MICROSOFT EXCEL- PENGHASILAN JADUAL

Aktiviti Terkini | 5 Januari 2021

Peserta diberikan penerangan mengenai perisian asas Microsoft Office...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti